Kalau ada yang berminat nak beli ayam kampong klik sini https://ladangternakbondaku.blogspot.com/2019/03/ayam-kampong-untuk-di-jual.html?m=0
Tuesday, 5 March 2019
Kambing Boer
Ini Salman namanya. Aruah ibu dulu semua kambing dia letak nama
Bermula dengan 2 ekor kambing pada tahun 2009 kini hanya tinggal 6 ekor sahaja kambing peninggalan Aruah ibu. Jika nak diikutkan...lebih dari itu ada tapi banyak yang hilang dan mati...biasalah kan kampong.
InsyaAllah kami akan cuba kembangkan baka ini dan jaga elok-elok....kena belajar cara ternak kambing ni....
Bermula dengan 2 ekor kambing pada tahun 2009 kini hanya tinggal 6 ekor sahaja kambing peninggalan Aruah ibu. Jika nak diikutkan...lebih dari itu ada tapi banyak yang hilang dan mati...biasalah kan kampong.
InsyaAllah kami akan cuba kembangkan baka ini dan jaga elok-elok....kena belajar cara ternak kambing ni....
AYAM KAMPONG UNTUK DI JUAL
Salam Sejahtera..
Kepada anda yang berminat, kami ada menjual ayam kampung baka tulin.
Untuk pengetahuan anda, ayam-ayam kampung pihak kami diternak secara natural
dan 100% diberi makan makanan organik.
Dalam erti kata lain, pihak kami tidak memberikan
sebarang perangsang terhadap tumbesaran ayam ini.
Harga bagi ayam-ayam kampung kami adalah seperti berikut:-
AYAM HIDUP
Jantan dan betina RM 15.00 sekilo
Berminat hubungi kami 019-6838653
Lokasi Batu Kikir NS
Monday, 4 March 2019
ANAK ANGSA UNTUK DIJUAL
Anak angsa untuk di dijual...
Terhad Siapa cepat dia dapat
Sudah Pandai makan & berdikari sendiri...
A) Usia sekitar 12 -14 hari ( dekat 2minggu)
ANGSA PUTIH
Seekor RM 80
2 ekor RM 150
ANGSA KELABU
Seekor RM 60
2 ekor RM 100
B) DARA 3-4 bulan
ANGSA PUTIH
Seekor RM 150.00
ANGSA KELABU
Seekor RM 110.00
Note# Angsa kami adalah organic dan pengeraman dari ibu secara semulajadi.
Harga boleh runding jika beli banyak!!!
Berminat tel kami 019-6838653 puan zieta
Apa itu penyakit ANJING GILA?
ANDA TAHU PENYAKIT ANJING GILA❓
Anjing Gila @ Rabies ialah penyakit virus yang menyerang sel otak menyebabkan gangguan pada sistem saraf hingga menyebabkan KEMATIAN.
Virus merebak melalui gigitan @ air liur daripada jilatan atau cakaran haiwan yang dijangkit.
BAGAIMANA UNTUK MENCEGAH PADA MANUSIA❓
▶️Segara cuci bahagian gigitan dengan sabun dan air bersih yang mengalir serta dapatkan rawatan luka di klinik berhampiran.
BAGAIMANA UNTUK MENCEGAH PADA ANJING?
▶️Dapatkan suntikan vaksin pada anjing.
▶️KURUNG haiwan peliharaan dan jaga dengan baik.
▶️JAUHI anjing LIAR.
#dvsmalaysia
CARA MEMELIHARA ANGSA
KENAPA PERLU PELIHARA ANGSA?
Angsa sangat bermanfaat untuk dipelihara. Ia boleh menjadi pengawal di rumah, di ladang di tapak projek atau di kilang-kilang. Semakin garang angsa itu, semakin tinggi harganya. Angsa juga dapat menghalau ular dan tahi angsa sangat dibenci oleh ular. Tapi kadang-kadang ular yang ganas boleh meragut nyawa angsa anda :-(…Angsa boleh menjadi “mesin rumput” di halaman rumah anda kerana angsa suka makan rumput. Potongan yang sekata bagaikan padang golf:-). Angsa sangat mudah dipelihara kerana tanpa makanan yang khusus, angsa dapat berkembang biak dengan lebih baik dibandingkan kebanyakan unggas lainnya. Angsa mudah membesar, lebih tahan terhadap penyakit dan hampir tidak memerlukan ubat-ubatan. Angsa dapat dibiakkan walaupun tanpa ada kolam air bahkan sebenarnya lumpur dapat menimbulkan penyakit pada angsa. Tapi kalau buat kolam air kat dia, lagi nampak cantik dan menenangkan jiwa tengok dia main air.
PEMBINAAN REBAN
Angsa tidak suka tinggal dalam reban dan suka berkeliaran. Reban dibuat sekadar tempat berteduh, bertelur dan tempat tidur. Sarang dibuat bila tiba musim bertelur, boleh guna kotak papan atau tayar buruk yang diletak rumput atau jerami kering. Pastikan tempat bertelur selamat terutama dari tempias hujan kerana telur yang terkena air akan rosak. Cahaya yang cukup penting untuk penghasilan telur yang maksima.
PEMAKANAN
Angsa boleh makan macam-macam seperti rumput, batang pisang, sabut kelapa, nasi, temukut, sayur dan hampas soya. Kalau anda malas nak mesin rumput…peliharalah angsa…Saya suka bela angsa kerana tak perlu keluarkan modal yang besar untuk makanannya
PEMBIAKAN
Angsa seeloknya dijodohkan sepasang atau bertiga tapi kena tengok juga tahap “keperkasaaan” angsa jantan tersebut. Kalau jenis suami mithali dan adil serta boleh membahagiakan 4 hingga 5 ekor sekaligus, tak jadi masalah. Tapi kalau jenis yang cinta sejati, nak couple dengan seekor betina sahaja dan tak layan betina lain, maknanya kena lah cari pejantan tambahan. Jumlah telur yang dihasilkan pada tahun kedua lebih banyak dan penetasan lebih baik berbanding tahun pertama, maklumlah dah ada pengalaman.:-) Angsa betina dapat bertelur hingga 10 tahun tetapi angsa jantan cepat “menopause”.
PENGERAMAN DAN PENETASAN
Untuk tujuan pengeraman, telur angsa elok dirampas 2 kali sehari dan disimpan pada suhu antara 7 – 13 darjah Celcius dan berkelembapan relatif kurang dari 70 %. Jangan simpan melebihi 5 hari kerana ianya boleh menjejaskan kualiti penetasan telur. Elok masuk terus dalam inkubator atau bagi pada Itik Nila untuk dieram. Kalau bagi pada Itik Nila atau ibu ayam,bila anak angsa dah menetas rampas segera anak itu dan masukkan dalam “brooder” sampai kering bulunya. Kalau tak rampas dibimbangi ibu itik atau ibu ayam akan meninggalkan sarang sebelum semua telur menetas. Biasa telur angsa menetas 30 – 32 hari jika guna inkubator dan kalau pakai ibu, tempohnya lebih lama.
Berminat nak beli hubungi kami
019-6838653
Angsa Bondaku
Angsa di kampong masa dahulu memang menjadi satu aktiviti penting dan ramai suka dengan perangai angsa yang suka kejar kanak-kanak yang menggangunya . Aku pernah juga rasa di sudu dulu tapi jiran punya.
Baru sahaja menetas pada 1 March 2019
Angsa juga merupakan haiwan yang setia kepada tuannya dan mampu menjadi 'Jaga' kawasan rumah selain daripada anjing kerana apabila ada orang datang berkunjung kerumah kita, angsalah yang akan berbunyi dulu memberitahu tuannya. Tu yang aku tak takut duduk di rumah pusaka ni.
Malahan angsa sangat baik untuk menjadi jaga dimalam hari untuk memberitahu tuannya ada orang hendak mencuri dibelakang rumah kita. Kini tidak ramai orang kampong yang menternak angsa seperti dulu.
Jika ada yang berminat nak bela bolehlah hubungi saya
019-6838653
Subscribe to:
Posts (Atom)