KENAPA PERLU PELIHARA ANGSA?
Angsa sangat bermanfaat untuk dipelihara. Ia boleh menjadi pengawal di rumah, di ladang di tapak projek atau di kilang-kilang. Semakin garang angsa itu, semakin tinggi harganya. Angsa juga dapat menghalau ular dan tahi angsa sangat dibenci oleh ular. Tapi kadang-kadang ular yang ganas boleh meragut nyawa angsa anda :-(…Angsa boleh menjadi “mesin rumput” di halaman rumah anda kerana angsa suka makan rumput. Potongan yang sekata bagaikan padang golf:-). Angsa sangat mudah dipelihara kerana tanpa makanan yang khusus, angsa dapat berkembang biak dengan lebih baik dibandingkan kebanyakan unggas lainnya. Angsa mudah membesar, lebih tahan terhadap penyakit dan hampir tidak memerlukan ubat-ubatan. Angsa dapat dibiakkan walaupun tanpa ada kolam air bahkan sebenarnya lumpur dapat menimbulkan penyakit pada angsa. Tapi kalau buat kolam air kat dia, lagi nampak cantik dan menenangkan jiwa tengok dia main air.
PEMBINAAN REBAN
Angsa tidak suka tinggal dalam reban dan suka berkeliaran. Reban dibuat sekadar tempat berteduh, bertelur dan tempat tidur. Sarang dibuat bila tiba musim bertelur, boleh guna kotak papan atau tayar buruk yang diletak rumput atau jerami kering. Pastikan tempat bertelur selamat terutama dari tempias hujan kerana telur yang terkena air akan rosak. Cahaya yang cukup penting untuk penghasilan telur yang maksima.
PEMAKANAN
Angsa boleh makan macam-macam seperti rumput, batang pisang, sabut kelapa, nasi, temukut, sayur dan hampas soya. Kalau anda malas nak mesin rumput…peliharalah angsa…Saya suka bela angsa kerana tak perlu keluarkan modal yang besar untuk makanannya
PEMBIAKAN
Angsa seeloknya dijodohkan sepasang atau bertiga tapi kena tengok juga tahap “keperkasaaan” angsa jantan tersebut. Kalau jenis suami mithali dan adil serta boleh membahagiakan 4 hingga 5 ekor sekaligus, tak jadi masalah. Tapi kalau jenis yang cinta sejati, nak couple dengan seekor betina sahaja dan tak layan betina lain, maknanya kena lah cari pejantan tambahan. Jumlah telur yang dihasilkan pada tahun kedua lebih banyak dan penetasan lebih baik berbanding tahun pertama, maklumlah dah ada pengalaman.:-) Angsa betina dapat bertelur hingga 10 tahun tetapi angsa jantan cepat “menopause”.
PENGERAMAN DAN PENETASAN
Untuk tujuan pengeraman, telur angsa elok dirampas 2 kali sehari dan disimpan pada suhu antara 7 – 13 darjah Celcius dan berkelembapan relatif kurang dari 70 %. Jangan simpan melebihi 5 hari kerana ianya boleh menjejaskan kualiti penetasan telur. Elok masuk terus dalam inkubator atau bagi pada Itik Nila untuk dieram. Kalau bagi pada Itik Nila atau ibu ayam,bila anak angsa dah menetas rampas segera anak itu dan masukkan dalam “brooder” sampai kering bulunya. Kalau tak rampas dibimbangi ibu itik atau ibu ayam akan meninggalkan sarang sebelum semua telur menetas. Biasa telur angsa menetas 30 – 32 hari jika guna inkubator dan kalau pakai ibu, tempohnya lebih lama.
Berminat nak beli hubungi kami
019-6838653